Heart.

Dear heart,
Please fall in love when you are ready,
Not when you're alone...

Assalamualaikum.
Bila saya teringat dekat dia, saya jadi rindu..rindu nak dengar suara dia, rindu nak tatap muka dia, semua pasal dia saya rindu. Saya asyik fikir pasal dia, kadang-kadang sampai lalai nak buat benda lain. Lama-lama saya sedar, perasaan ini, semuanya datang dari godaan syaitan. Saya kena sedar! Saya tak boleh terus lalai dengan perasaan saya. Saya tahu perkara ni semua hanyalah permainan perasaan. Sebagai seorang remaja. saya ingin merasakan kasih seorang lelaki. 
Satu hari saya sedar, saya kalah dengan godaan syaitan. Sampaikan saya mimpi pasal dia. 
Tiba-tiba saya teringat satu ayat;
Mimpi Rasulullah, biasanya akan berlaku... Mimpi orang yang tidak beriman ialah mimpi dari godaan syaitan. Atau lebih dikenali sebagai permainan tidur.
Saya rasa mimpi saya hanya permainan tidur sahaja. Astaghfirullahalazim.....
Untuk mengelakkan daripada terus memikirkan pasal si dia, saya mengaji, solat dan berzikir. Saya cuba mendekatkan diri kepada Allah. Walaupun saya tahu, saya bukan Muslimah sejati. Tapi, saya akan cuba untuk ke arah Muslimah sejati. Saya hanya ingin mencari cinta yang diredhai-Nya. Bukan cinta yang melalaikan saya.
Ya Allah, teguhkanlah imanku...Jauhilah aku daripada kebimbangan dan kesedihan...Bukakanlah pintu hati si dia ke arah kebenaran. Berilah hidayah-Mu kepadanya...Aku mohon...Amin....

Kaum Hawa, jagalah maruahmu. Janganlah mudah tergoda. Teguhkanlah iman kalian. Sama-sama kita berdoa.

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Melor, Senggarang Batu Pahat

Pregnancy Journey : Freaking Double Line

50 Random Things About Me