Special post..

Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua :D
Menulis blog sambil mendengar bunyi percikan bunga api sempena menjelangnya tahun 2013. Semoga tahun 2013 lebih baik daripada tahun 2012. Semoga tahun 2013 memberi lebih banyak kenangan manis kepada semua. Jadikan segala apa yang berlaku pada 2012 sebagai pengalaman dan kenangan yang tak akan dilupakan. Sesungguhnya kenangan dan pengalaman yang lalu mendewasakan kita sebagai seorang manusia :) Semoga menjadi umat Islam yang lebih soleh dan solehah. Hidup di muka bumi ini untuk mencari keredhaanNya. Melakukan segalanya dengan ikhlas, in sya Allah apa yang dihajati akan dikabulkan. Amin..

Azam saya pada tahun ini tak banyak. Mungkin ada yang segelintirnya ialah menyambung azam 2012 yang masih belum tercapai.

  • Ingin menjadi manusia yang berguna dan berjaya.
  • Ingin meningkatkan keimanan diri. Ya Allah, hindarilah aku dari segala gejala maksiat. Lindungilah aku daripada iblis dan syaitan.
  • Ingin menjadi anak yang dapat menggembirakan ibu dan abah.
  • Ingin menjadi kakak dan adik yang berguna kepada adik-beradik yang lain. 
  • Ingin menurunkan berat badan.haha.mengarut
  • Ingin mendapat result SPM yang cemerlang seperti adik2 yang lain. Kalau aku dapat result gempak, aku dah berjaya memberi kebahagiaan yang tak terhingga kepada ibu dan abah sebab usaha dia orang mendidik kami 3 beradik yang bakal menghadapi ujian besar UPSR,PMR dan SPM dalam tahun yang sama berbaloi.
Mungkin banyak lagi azam aku tapi tak dapat diungkapkan kesemuanya di dalam blog ni. Tapi, pape pun, aku ingin menjadi insan yang solehah,yang lebih baik. In sya Allah. Jadikan pengalaman 2012 sebagai pengajaran dalam hidup ini. Semoga tahun 2013 banyak memberi kejayaan kepadaku. Amin..

i'm  8teen!!! <3 br="br">

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Melor, Senggarang Batu Pahat

Pregnancy Journey : Freaking Double Line

50 Random Things About Me