Jauh tapi dekat.

 Assalamualaikum..
 Kita rindu kawan-kawan kita..
Mereka ini, yang sentiasa ada bila aku susah, bila aku sedih..Mereka ini yang boleh rasa kesedihan aku, walaupun aku tak bagitau..
Aku seorang yang suka pendam apa yang aku rasa..kalau aku marah pun, aku marah dalam hati je..Tapi, mereka ni..sentiasa ada bila aku memerlukan..
aku rindu mereka..sungguh..
kalau Doraemon itu wujud, memang aku beli satu..mudah untuk aku bertemu mereka yang jauh di selatan..
bila aku sedih, aku boleh panggil Doraemon, nak pinjam pintu ajaib dia tu, aku nak jumpa mereka, aku nak peluk mereka, aku nak muntahkan segala apa yang ada dalam hati ini kepada mereka..kerana mereka, yang bisa buat aku ketawa bila aku sedih..
serius, bila aku susah hati, merekalah ubat yang paling mujarab buat aku..
Bila aku ada masalah hati, bila aku rasa aku tak boleh buat keputusan sesorang, aku boleh minta pendapat mereka..kerana mereka tahu yang terbaik buat aku..so that, aku tak menyesal membuat sesuatu keputusan itu..bukan aku tak yakin dengan diri sendiri, cuma aku mahu mendengar pendapat mereka..
Londang itu bumi tarbiah kami, kami sama-sama mencari Tuhan, kami sama-sama merasakan dosa-dosa yang telah kami lakukan..kami mula tahu erti ukhuwah persahabatan..kami mula menjadi wanita yang lebih baik dari sebelum2nya..kami menangis bersama..
Doa Rabitah menjadi kekuatan persahabatan kami..
Ya Allah, satukan hati-hati kami..Kasih sayang kami adalah keranaMu ya Allah..


Kenangan bersama kalian, sentiasa terpahat dalam hati..
Pahit atau manis, itu yang banyak mendewasakan aku..
Kalau satu hari nanti aku pergi dulu, Al Fatihah dari kalian menjadi peringan beban dosa aku..
Moga satu hari nanti, kita takkan lagi duduk jauh-jauh..
In shaa Allah, di Syurga Firdaus kita bertemu..
Uhibbuka Fillah Abadan Abada :')

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Melor, Senggarang Batu Pahat

Pregnancy Journey : Freaking Double Line

50 Random Things About Me